Haggai:2:1-9




lama@Haggai:2:1 @ Hata, maka pada empat likur hari bulan, pada bulan yang keenam dan pada tahun yang kedua dari pada kerajaan Darius,

lama@Haggai:2:2 @ pada bulan yang ketujuh, pada selikur hari bulan itu, datanglah firman Tuhan dengan lidah nabi Hajai, bunyinya:

lama@Haggai:2:3 @ Katakanlah sekarang kepada Zerubbabil bin Sealtiel, penghulu Yehuda, dan kepada Yosua bin Yozadak, imam besar, dan kepada orang yang lagi tinggal itu, demikian:

lama@Haggai:2:4 @ Siapa yang tinggal di antara kamu, yang telah mengetahui akan rumah ini dengan kemuliaannya yang dahulu itu? Maka bagaimana adanya kamu melihat dia sekarang? Bukankah kepada pemandanganmu seakan-akan satupun tiada adanya?

lama@Haggai:2:5 @ Tetapi sekarang pertetapkanlah hatimu, hai Zerubbabil, demikianlah firman Tuhan! Dan beranikanlah hatimu, hai Yosua bin Yozadak, imam besar! Dan pertetapkanlah hatimu, hai segala anak bumi! Demikianlah firman Tuhan, bekerja sahaja, karena Aku adalah menyertai kamu, demikianlah firman Tuhan serwa sekalian alam.

lama@Haggai:2:6 @ Dengan sama peri seperti tatkala Aku berjanji dengan kamu, tatkala kamu keluar dari Mesir, maka Roh-Ku akan ada di tengah-tengah kamu senantiasa; janganlah kamu takut.

lama@Haggai:2:7 @ Karena demikianlah firman Tuhan serwa sekalian alam: Sekali lagi, seketika juga adanya, maka Aku akan menggentarkan segala langit dan bumi dan laut dan darat.

lama@Haggai:2:8 @ Bahkan, Aku akan menggentarkan segala bangsa, maka mereka itu akan datang kepada kegemaran segala bangsa, dan Aku akan memenuhi rumah ini dengan kemuliaan, demikianlah firman Tuhan serwa sekalian alam.

lama@Haggai:2:9 @ Aku yang empunya segala perak; Aku yang empunya segala emas; demikianlah firman Tuhan serwa sekalian alam!


Seeker Overlay: Off On
Bible:
Bible:
Book: