Bible:
Filter: String:

OT-HISTORY.filter - lama menjarah:



lama@Judges:5:30 @ Masakan tiada mereka itu mendapat jarahan dan membahagi-bahagi dia! seorang perempuan, dua orang perempuan akan tiap-tiap orang laki-laki. Satu rampasan pakaian pelbagai warnanya bagi Sisera, satu rampasan pakaian pelbagai warnanya lagi bersuji, sehelai kain pelbagai warnanya yang bersuji dua muka pada bahu orang yang menjarah!

lama@1Samuel:13:17 @ Maka keluarlah orang menjarah tiga pasukan dari balatentara orang Filistin; satu pasukan menuju jalan ke Ofera ke benua Saul,

lama@1Samuel:14:36 @ Kemudian titah Saul: Mari kita turun mengusir orang Filistin pada malam dan menjarahi dia sampai pagi terbit fajar, dan jangan kita tinggalkan barang seorang juapun dari padanya. Maka sembah mereka itu: Baiklah tuanku berbuat barang yang benar kepada pemandangan tuanku; tetapi kata imam: Mari, sekarang kita menghadap Allah.

lama@1Samuel:14:48 @ Maka beranilah kelakuannya, dialahkannya orang Amalek dan dilepaskannya orang Israel dari pada tangan segala orang yang menjarahi akan dia.

lama@2Samuel:23:10 @ Maka berbangkitlah ia lalu diparangnya akan orang Filistin sehingga penatlah tangannya dan lekatlah tangannya itu pada pedangnya, maka diadakan Tuhan suatu kemenangan besar pada hari itu, sehingga segala rakyat yang mengikut dia, itu boleh balik sahaja akan menjarah-rayah.

lama@2Kings:6:23 @ Maka diperbuatlah oleh baginda suatu perjamuan besar akan mereka itu, maka mereka itupun makan minumlah, setelah itu disuruh baginda akan mereka itu berjalan, maka kembalilah sekaliannya kepada tuannya. Kemudian dari pada itu tiada lagi pasukan orang Syam datang menjarah rayah ke dalam negeri orang Israel.

lama@2Kings:7:16 @ Maka keluarlah orang banyak itu, lalu menjarah-jarah akan tempat tentara orang Syam; maka sesungguhnya jadilah setakar tepung halus laku sesyikal dan dua takar syeirpun laku sesyikal, setuju dengan firman Tuhan itu.

lama@1Chronicles:10:8 @ Hata, maka pada keesokan harinya apabila datanglah orang Filistin hendak menjarahi orang mati itu, tiba-tiba didapatinya akan Saul dan puteranya terhantar di atas pegunungan Gilboa.

lama@2Chronicles:14:14 @ Maka dialahkannya segala negeri yang keliling Gerar itu, karena suatu kegentaran dari pada Tuhan telah jatuh kepada orang isinya, maka orang Yehuda menjarah rayah akan segala negeri itu, sebab banyak jarahan dalamnya.

lama@2Chronicles:20:25 @ Lalu datanglah Yosafat dan segala orangnya hendak menjarah rayah, maka didapatinya pada mereka itu amat banyak dari pada harta dan bangkai dan benda yang indah-indah, lalu diambilnya bagi dirinya, sehingga tiada termuat lagi; tiga hari lamanya mereka itu menjarah rayah, sebab amat banyak sangat jarahan itu.


Bible:
Filter: String: